downer  

Posted by Hyllma

wah.mentang2 cuti rajin je jari ni main2 kat keyboard laptop nih. padahal kerja banyak, paper tak abis tanda lagi but who cares..nanti aku mark jugak paper tu. cos i'm not the kind of person who can coolly shirk the responsibilities entrusted to me...tak caya tanya bos. kan bos, kan?



malam ni dinner kat luar lagi.. tetiba ayah ajak makan kat luar, so kitorang pun apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. pastu ayah tanya nak makan kat mana. aku dengan gembiranya jawab la 'damansara uptown' sbb aku suka variety of food kat situ. and harga dia pun boleh tahan, selamat poket. confirm korang xkena cuci pinggan kalau x cukup pun duit nak bayar. last2 skali, we went to section 20 to check out this new outlet called 'restoran yusram' (bunyi pun macam seram jek).



restoran ni decor dia cantik. ambience pun best. pendek kata, it's an upmarket thai restaurant la. macam mana tak upmarket, prices for the food items start at rm15 kalau x silap. sapa2 yang nak jalan2 cari makan kat sini baik x payah. don't get me wrong. food dia sedap. but burn a biiiiiiiggg hole in ur pocket. baik korang makan kat secret recipe ke, laksa shack ke...lagi puas ati.



so setelah kecewa tengok menu dia yang agak mahal, kitorang pun tanya waiter (sorang je tau waiter dia kat kedai ni..save budget kot sbb dah habis duit beli pos system n decor yang confirm mahal) if they have any noodles on the menu. and time tu la tuan punya kedai mintak waitress tu bawak 'kertas yang kecik tu'. mak aih. bunyi macam sedikit menghina pun ada di situ. nasib baik aku bukan jenis yang cepat makan hati. kalau tak, confirm makcik tu kena lempang dah.



so, at the end of the day, semua orang order noodles jek. aku xnk order nasi goreng walaupun hati tergaru2 nak makan nasi goreng sbb time tu dah 9pm. kalau makan gak, jawabnya tido terbeliak la aku mlm ni. and aku rasa makcik kedai ni ada kilang garam sendiri kot. sbb most of the noodles yang dia masak agak masin. mama yang kuat makan masin pun cakap camtu. aku, apatah lagi. masin kuasa lapan la jawabnya.



dan bil pun datang. rm 56.80 kot, kalau x silap. agak bengong jugak sbb mkn noodles je pun sampai almost rm6o. kalau makan kat secret recipe dah kenyang tergolek2 dah (eh, melampau pulak perumpamaan)



andai kata tuan punya kedai baca post aku ni,tlg jgn cari aku ke lubang cacing. am just telling the truth. sbb mama kata, tak baik tipu. in this case, tipu sunat pun x boleh gak. lagipun, customer is always right kan?



nampaknya terpaksa la cari port makan yang lain pasni. sbb aku dah agak boring dgn kedai kopi kat tasik.



esok dengar cerita nak g midvalley. gumbiranya. boleh cari kasut... *wink*



my new toy(s)  

Posted by Hyllma

beberapa ari lepas aku heret muna g mid valley untuk aktiviti jalan2 cari pasal. boring dok umah waktu cuti, even though exam paper ada 4 bundles tak tanda lagi. takpe. ada masa lagi. ceh. tunggu last minute pastu kelam kabut marking tak siap lagi. analysis pun lum buat. takpe. yala, daripada dok kat umah, tido, tgk tv, makan, dan mcm2 aktiviti tak produktif baik aku g jalan2 kat mid valley, kan? bagus punya logik.

sampai mid valley, the first thing kitorg buat is pegi makan. kat kenny rogers. apasal aku x nak pegi food junction? sebab: 1) food junction tu jauh kat atas 2) aku malas nak jalan all the way up (naik escalator pun tak mau) 3) dah lapar tahap asbestos. lagipun dah lama tak makan kat sana. my favourite eating place. dan sedikit privacy. boleh lepak2 dan tak berapa bising (sbb aku tau food junction mesti bising, crowded dan memang aku tak suka tempat2 yg time ni crowded dgn bebudak skola n college).

so, abis makan, aku dan muna jalan2 untuk accomplish misi seterusnya. beli handbag. ok, aku memang ada handbag nak bawak g ofis ari2, tapi x sesuai la kalo nak bawak g jenjalan kat midvalley. aritu pun pinjam handbag mama. x kisah la janji i have a place to put all my stuff.

penat jalan2 cari handbag. sbb semuanya bukan taste aku. masuk mcm2 kedai tapi keluar dgn frust. elle, sachs, eclipse, carlo rino, dan yang sama waktu dengannya. sbb most of these places jual handbag yang stok nak bawak g keje.so they're either too small, too big, or the colour is not my taste. susah tul nak cari handbag ni. cerewet gak rupanya aku. (tapi bukan selalu tau, kengkadang je...)

disebabkan dah bosan jalan2 cari handbag tapi tak jumpa2, aku pun ajak muna naik atas g kedai dell. so aku pun pusing2 dalam kedai dell nak cari laptop yang aku berkenan. first rule is that aku taknak beli dell inspiron. ces, blagaknya. sbnarnya sbb aku minat dell studio. tapi agak frust sbb yg in stock ada kaler black and red jek. disebabkan aku tak suka benda2 typical, dan aku tak suka ikut orang, i picked the red dell. tapi tgh syok2 adam al-shaheed (nama salesperson tu la) explain kat aku features dell studio 1435, ada lak kawanku call mengadu. mengadu pasal apa? rahsia. mak aku kata, tak baik mengumpat. so aku simpan je la cite tu antara aku + dia. orang lain x payah tau. takde kena mengena dengan korang pun.

so at the end of the day, i got myself a new toy. a brand new chili red dell studio 1435. tapi aku agak frust sbb microsoft office suite yang aku beli rupanya takde publisher. sbb kat skola selalu kena wat buku program.. nampaknya terpaksa la aku pinjam pc bilik ketua bidang kalo nak pakai publisher. takpe. macam tak biasa pulak....

then adam gave me the laptop bag that came complimentary with the laptop. tapi aku frust sbb ingatkan dapat backpack..rupanya dapat laptop bag biasa jek. so aku pun dengan rela hati g derma beg tu kat adik2 aku kat rumah. tak kisah la siapa pun yang dapat. and i got myself a notebook backpack yang sangat comel. gila banyak zip dia sampai aku pun naik confused mana satu zip yang nak kena tutup. and i got myself an external hard drive, cap buffalo. nasib baik bukan cap ayam. cos hard drive lama dah jahanam, aku pun tak tau camne jahanam. ganas betul aku ni rupanya.

so, dah lepas abis shopping laptop dan adik beradiknya, aku sambung lagi ekspedisi mencari handbag. this time masuk jusco pulak. last resort. sbb aku tau jusco tgh sale. muna dah nak pengsan so aku suh dia duduk kat tempat kasut jek. at the end, it was a toss between sembonia and elle.. sembonia tu functional tapi dia agak formless. mcm beg makcik2 pulak. sembonia yg lagi satu tu cute tp is not what i needed. so last2 aku grab the elle bag. sgt roomy dan sesuai untuk aku yang suka menyumbat mcm2 dlm handbag.ya, aku memang x suka matematik. tapi that day aku berjaya menggunakan matematik dengan jayanya. tapi kira percentage diskaun je la. my favourite part of shopping...

so, sesudah aku berjaya buli muna ikut aku shopping, aku buli emi pulak. tapi tak berapa berjaya sbb dia tak mau pick up kitorg kat midvalley. blame it on the jam. so, kitorg naik komuter sampai kl sentral, then grabbed a cab to angkasapuri. then off to pandan, emi's place. lepak kat sana jap, tgk aquarium baru dia yang sangat comel, siap ada ikan bandaraya albino n udang kecik 10 ekor yang suka main nyorok2.

at last, sampai rumah, sgt penat. balik terus tido. tak peduli dunia ni nak meletup ke, apa ke, biarkan.

nampaknya tak berjaya g tgk muvi dalam ekspedisi nih. terpaksa buat ekspedisi muvi lain kali pulak. takpe. cuti banyak lagi..

ada apa dengan saser  

Posted by Hyllma

saser sesuatu yang istimewa. tak percaya? tanyala sesiapa pun yang pernah jadi warga saser.



skrg ni ramai ex-saserians yang kecoh sbb saser akan 'dijenamakan semula' dengan nama sm sains tuanku muhriz/kolej tunku muhriz/mcm2 lagi nama yang setakat ni masih x belum confirm lagi setakat ni..

sebagai org yang dah lama kat saser, i understand the sentiments people have about saser. saser, sekolah 'bundle', 'sekolah antik' yang memang ternyata istimewa kepada semua saserians. walaupun sekolah kami tak la grand mcm sbp yang lain, we work with what we have. aku berani jamin, korang xkan jumpa cikgu2 mcm yang ada kat saser. rasanya kalau setakat balik sekolah kul 6 tu bukan benda yang pelik bagi cikgu2 saser yang komited demi memastikan anak2 murid semua sukses. walaupun takde overtime, cikgu2 saser x pernah turn down those who are in need. (aku rasa, kalau dapat claim overtime, dah lama aku bwk bmw 325i g skolah...)

hadiah hari guru yang paling best bukannya bunga berbakul2 or teddy bear besar orang. hadiah paling mahal is bila dengar khabar saserians dpt scholarship yang best2 such as sime darby, bank negara, shell, khazanah, dan yang sama waktu dengannya.. masa tu rasanya terbayar semua penat lelah mengajar anak2 murid kat saser nih. so, bila anak2 murid batch sekarang ni agak kurang adab dgn cikgu, rasa kecik ati tu memang confirm ada.

sebab sekarang saserians batch 7 &8 hidup senang. tak payah angkat katil naik asrama, kemas sekolah, dan mcm2 lagi yang students 1st and 2nd batch buat.. dulu semuanya kalau nak training, buat sendiri. masa tu saser miskin, tak ada siapa yang pandang. nak panggil jurulatih luar pun tak mampu. aku ingat lagi, ada ex-saserians 1st n 2nd batch pernah kata, dulu diorg malu kalau jalan sebelah tkcians. sbb diri rasa sangat kecik, tak la macam nama tkc yang memang gah sejak dulu, g mana2 pun org confirm kenal. tapi sekarang, alhamdulillah, jenama saser tu satu 'brand' yang sangat disegani.

saser memang special, to me. kat sini aku belajar erti jadi cikgu. belajar handle sekolah all boys yang cerdik, tapi nakal. belajar hidup dalam kalangan manusia yang bermacam ragam. dan satu benda yang tak mungkin aku lupa, masa saser jadi johan ppm english debate 2006. punyalah excited masa announcement of results sampai aku lupa yang aku pakai high heels waktu tu. kenangan tu memang antara kenangan paling best aku kat saser nih.

untuk anak2 murid saserians, biarla nama berubah jadi nama apa sekalipun, yang penting korang teruskan semangat saser, so that kita sentiasa jadi yang terbaik. itu jauh lebih penting dari kekalkan nama saser tapi perangai saserians tak serupa orang.

jangan lupa hormati guru,kawan2, makcik2 cleaner, pakcik jaga sekolah, makcik2 dm & kantin, and sesiapa pun yang ada kat bumi saser. sebab kejayaan kita sumbangan diorang jugak. tak guna kalau korang sebut "maafkan kami cikgu, halalkan ilmu kami cikgu, doakan kami spm straight a, cikgu" kalau itu cuma mainan bibir and doesn't come from your heart.

apa2 pun, 'saser, namamu tetap teratas'

aku sayang saser.

:: coming up for air ::  

Posted by Hyllma

lamanya x blog. ya Allah, berabuknya blog ni. amat2 bz, thank God now it's the school holidays, so I have time to catch my breath.

two days ago, aku g tgk bdk2 debate. konon2 nak cuti dr jaga debate for a year, which includes x nk g tgk debate hksbp. tp when it's held in ssp, which is within travelling distance (read: bullying my sister into driving me there), kaki rasa gatal je nak pegi. i can't help it. i love watching debates. thn ni diorg tukar format. instead of giving out the actual motions, thn ni diorg bg themes jek. the actual motion will be released one hour prior to the actual debate. and cikgu xleh join masa quarantine time.

tp aku sempat tgk satu debate jek. itu pun pegi dh petang. (sbb driver sibuk g wedding kawan dia). but from what i see, the boys are good. much better than last year.

semlm x dpt pegi. sbb aku g midvalley beli laptop. kenapa x beli kat low yat? sbb aku nk gak cap 'dell' kat laptop nih. laptop lama dah seberang laut, kat bandung. so terpaksa beli baru sbb susah nk wat keje kalo harap pc skola yg dh nak jadi tukun n pinjam laptop org lain (sbb org lain pun byk keje gak). so at last dpt gak laptop kaler merah (cos it was a toss between red n black, and i went for red)

in the morning, saser went into d quarterfinal (tp x ingat lwn siapa), n won. and dana got best speaker. in the semis, jumpa ssp. tapi kalah. so x dpt la kitorg dok stage picc thn nih. (we were so close, tp xde rezeki, nak buat camane). in a way, i'm proud that my alma mater won. tp sedih sbb my boys kalah. takpe, cuba tahun depan.

jap lagi nak kena mengadap test paper yang dok memanggil2 dari minggu lepas nih. tapi Tuhan je tau betapa malasnya aku nk gerak (tp time dok depan laptop ni rajin pulak, kan? pelik...)

pasni kalendar makin sibuk. ada latihan pusat hoki, pastu hoki sbp (kat bkt jalil), then program utk form 5....mcm2 lagi. nama pun dok kat saser. nak wat camne, work keeps me alive, and gives me purpose.

_____________________________________________________________________________________

ckp pasal saser, ex students skrg semua sibuk dgn protes nak tukar nama saser. i understand their sentiments. ya la, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. banyak yg kami belajar dari bumi saser nih. dari sekolah buruk yg sdar tinggalkan, cikgu 16 org je (kalau tak silap), pc kat skolah ada 4 je..dgn bekalan air yang kdg2 xde...dan mcm2 masalah lagi. semua kitorg redah je.

that's why aku kengkadang marah bila bebudak batch sekarang ni mcm x appreciate apa yang abang senior diorang buat untuk letakkan saser kat tahap sekarang ni. diorang yang cipta sejarah. korang tumpang nama je, sebenarnya. korang belum cipta sejarah sendiri lagi. so jangan nak banyak cengkadak complain mcm2 pasal skola. skola takde aircond, xleh main playstation, dan mcm2 lagi. apa? korang ingat saser ni hotel ke boleh live in such comfort? nama pun skola asrama. mcm mana nak belaja idup dalam dunia serba mencabar kalau x lepas idup kat saser?

aku sayang saser. tapi kalau the powers that be decree that saser kena tukar nama, aku ikut je. bukan sebab aku x sayang saser, atau xnak fight untuk kekalkan nama saser, tp sebab 'saya yang menurut perintah'. lagipun, yang penting bukannya nama. yang penting, all of us work hard to make sure our school come out tops. mcm shakespeare kata, "a rose by any other name is just as sweet...."