ada apa dengan saser  

Posted by Hyllma

saser sesuatu yang istimewa. tak percaya? tanyala sesiapa pun yang pernah jadi warga saser.



skrg ni ramai ex-saserians yang kecoh sbb saser akan 'dijenamakan semula' dengan nama sm sains tuanku muhriz/kolej tunku muhriz/mcm2 lagi nama yang setakat ni masih x belum confirm lagi setakat ni..

sebagai org yang dah lama kat saser, i understand the sentiments people have about saser. saser, sekolah 'bundle', 'sekolah antik' yang memang ternyata istimewa kepada semua saserians. walaupun sekolah kami tak la grand mcm sbp yang lain, we work with what we have. aku berani jamin, korang xkan jumpa cikgu2 mcm yang ada kat saser. rasanya kalau setakat balik sekolah kul 6 tu bukan benda yang pelik bagi cikgu2 saser yang komited demi memastikan anak2 murid semua sukses. walaupun takde overtime, cikgu2 saser x pernah turn down those who are in need. (aku rasa, kalau dapat claim overtime, dah lama aku bwk bmw 325i g skolah...)

hadiah hari guru yang paling best bukannya bunga berbakul2 or teddy bear besar orang. hadiah paling mahal is bila dengar khabar saserians dpt scholarship yang best2 such as sime darby, bank negara, shell, khazanah, dan yang sama waktu dengannya.. masa tu rasanya terbayar semua penat lelah mengajar anak2 murid kat saser nih. so, bila anak2 murid batch sekarang ni agak kurang adab dgn cikgu, rasa kecik ati tu memang confirm ada.

sebab sekarang saserians batch 7 &8 hidup senang. tak payah angkat katil naik asrama, kemas sekolah, dan mcm2 lagi yang students 1st and 2nd batch buat.. dulu semuanya kalau nak training, buat sendiri. masa tu saser miskin, tak ada siapa yang pandang. nak panggil jurulatih luar pun tak mampu. aku ingat lagi, ada ex-saserians 1st n 2nd batch pernah kata, dulu diorg malu kalau jalan sebelah tkcians. sbb diri rasa sangat kecik, tak la macam nama tkc yang memang gah sejak dulu, g mana2 pun org confirm kenal. tapi sekarang, alhamdulillah, jenama saser tu satu 'brand' yang sangat disegani.

saser memang special, to me. kat sini aku belajar erti jadi cikgu. belajar handle sekolah all boys yang cerdik, tapi nakal. belajar hidup dalam kalangan manusia yang bermacam ragam. dan satu benda yang tak mungkin aku lupa, masa saser jadi johan ppm english debate 2006. punyalah excited masa announcement of results sampai aku lupa yang aku pakai high heels waktu tu. kenangan tu memang antara kenangan paling best aku kat saser nih.

untuk anak2 murid saserians, biarla nama berubah jadi nama apa sekalipun, yang penting korang teruskan semangat saser, so that kita sentiasa jadi yang terbaik. itu jauh lebih penting dari kekalkan nama saser tapi perangai saserians tak serupa orang.

jangan lupa hormati guru,kawan2, makcik2 cleaner, pakcik jaga sekolah, makcik2 dm & kantin, and sesiapa pun yang ada kat bumi saser. sebab kejayaan kita sumbangan diorang jugak. tak guna kalau korang sebut "maafkan kami cikgu, halalkan ilmu kami cikgu, doakan kami spm straight a, cikgu" kalau itu cuma mainan bibir and doesn't come from your heart.

apa2 pun, 'saser, namamu tetap teratas'

aku sayang saser.

This entry was posted on Wednesday, June 03, 2009 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

4 comments

Saya Sayang SASER juga!?

haha

SASER Namamu Teratas

salam miss...
hu3 sedih pulak entri miss nie...
ehmmm...rindu kat miss...he3

saya sayang SEMESTI~
Quiyyum 2oth batch of SEMESTI~ pape pon saye pon x pernah dnga saser.. tp after sy jmpe dak2 saser kt intec ni cm rashidi@mac, mmg sy respex kt saser.. salam..