beberapa ari lepas aku heret muna g mid valley untuk aktiviti jalan2 cari pasal. boring dok umah waktu cuti, even though exam paper ada 4 bundles tak tanda lagi. takpe. ada masa lagi. ceh. tunggu last minute pastu kelam kabut marking tak siap lagi. analysis pun lum buat. takpe. yala, daripada dok kat umah, tido, tgk tv, makan, dan mcm2 aktiviti tak produktif baik aku g jalan2 kat mid valley, kan? bagus punya logik.
sampai mid valley, the first thing kitorg buat is pegi makan. kat kenny rogers. apasal aku x nak pegi food junction? sebab: 1) food junction tu jauh kat atas 2) aku malas nak jalan all the way up (naik escalator pun tak mau) 3) dah lapar tahap asbestos. lagipun dah lama tak makan kat sana. my favourite eating place. dan sedikit privacy. boleh lepak2 dan tak berapa bising (sbb aku tau food junction mesti bising, crowded dan memang aku tak suka tempat2 yg time ni crowded dgn bebudak skola n college).
so, abis makan, aku dan muna jalan2 untuk accomplish misi seterusnya. beli handbag. ok, aku memang ada handbag nak bawak g ofis ari2, tapi x sesuai la kalo nak bawak g jenjalan kat midvalley. aritu pun pinjam handbag mama. x kisah la janji i have a place to put all my stuff.
penat jalan2 cari handbag. sbb semuanya bukan taste aku. masuk mcm2 kedai tapi keluar dgn frust. elle, sachs, eclipse, carlo rino, dan yang sama waktu dengannya. sbb most of these places jual handbag yang stok nak bawak g keje.so they're either too small, too big, or the colour is not my taste. susah tul nak cari handbag ni. cerewet gak rupanya aku. (tapi bukan selalu tau, kengkadang je...)
disebabkan dah bosan jalan2 cari handbag tapi tak jumpa2, aku pun ajak muna naik atas g kedai dell. so aku pun pusing2 dalam kedai dell nak cari laptop yang aku berkenan. first rule is that aku taknak beli dell inspiron. ces, blagaknya. sbnarnya sbb aku minat dell studio. tapi agak frust sbb yg in stock ada kaler black and red jek. disebabkan aku tak suka benda2 typical, dan aku tak suka ikut orang, i picked the red dell. tapi tgh syok2 adam al-shaheed (nama salesperson tu la) explain kat aku features dell studio 1435, ada lak kawanku call mengadu. mengadu pasal apa? rahsia. mak aku kata, tak baik mengumpat. so aku simpan je la cite tu antara aku + dia. orang lain x payah tau. takde kena mengena dengan korang pun.
so at the end of the day, i got myself a new toy. a brand new chili red dell studio 1435. tapi aku agak frust sbb microsoft office suite yang aku beli rupanya takde publisher. sbb kat skola selalu kena wat buku program.. nampaknya terpaksa la aku pinjam pc bilik ketua bidang kalo nak pakai publisher. takpe. macam tak biasa pulak....
then adam gave me the laptop bag that came complimentary with the laptop. tapi aku frust sbb ingatkan dapat backpack..rupanya dapat laptop bag biasa jek. so aku pun dengan rela hati g derma beg tu kat adik2 aku kat rumah. tak kisah la siapa pun yang dapat. and i got myself a notebook backpack yang sangat comel. gila banyak zip dia sampai aku pun naik confused mana satu zip yang nak kena tutup. and i got myself an external hard drive, cap buffalo. nasib baik bukan cap ayam. cos hard drive lama dah jahanam, aku pun tak tau camne jahanam. ganas betul aku ni rupanya.
so, dah lepas abis shopping laptop dan adik beradiknya, aku sambung lagi ekspedisi mencari handbag. this time masuk jusco pulak. last resort. sbb aku tau jusco tgh sale. muna dah nak pengsan so aku suh dia duduk kat tempat kasut jek. at the end, it was a toss between sembonia and elle.. sembonia tu functional tapi dia agak formless. mcm beg makcik2 pulak. sembonia yg lagi satu tu cute tp is not what i needed. so last2 aku grab the elle bag. sgt roomy dan sesuai untuk aku yang suka menyumbat mcm2 dlm handbag.ya, aku memang x suka matematik. tapi that day aku berjaya menggunakan matematik dengan jayanya. tapi kira percentage diskaun je la. my favourite part of shopping...
so, sesudah aku berjaya buli muna ikut aku shopping, aku buli emi pulak. tapi tak berapa berjaya sbb dia tak mau pick up kitorg kat midvalley. blame it on the jam. so, kitorg naik komuter sampai kl sentral, then grabbed a cab to angkasapuri. then off to pandan, emi's place. lepak kat sana jap, tgk aquarium baru dia yang sangat comel, siap ada ikan bandaraya albino n udang kecik 10 ekor yang suka main nyorok2.
at last, sampai rumah, sgt penat. balik terus tido. tak peduli dunia ni nak meletup ke, apa ke, biarkan.
nampaknya tak berjaya g tgk muvi dalam ekspedisi nih. terpaksa buat ekspedisi muvi lain kali pulak. takpe. cuti banyak lagi..
Giant RV for Dato' Zackriff's Birthday
11 years ago
0 comments